SISTEM PENCERNAAN MANUSIA
![]() |
Terdiri daripada satu saluran yang berotot berukuran kira-kira 9.75 meter dengan bukaan pada mulut dan dubur di kedua-dua hujungnya. |
![]() |
Bahagian-bahagian sistem pencernaan manusia: |
|
![]() |
Makanan dihancurkan secara mekanikal oleh gigi kepada butir-butir yang lebih kecil supaya jumlah luas permukaan makanan ditambahkan untuk tindakan enzim. |
![]() |
Semasa pengunyahan, makanan dicampurkan dengan air liur daripada 3 pasang kelenjar liur, iaitu |
kelenjar parotid
kelenjar sublingua
kelenjar submandibel
![]() |
Air liur melembutkan makanan dan menjadikannya lebih mudah ditelan. |
![]() |
Air liur mengandungi sejenis enzim, iaitu ptialin @ amilase liur. Enzim ini menghidrolisiskan kanji masak kepada maltosa. |
![]() |
Lidah menolong membulatkan gumpalan makanan menjadi bolus dan menolaknya ke arah faring. |
![]() |
Semasa menelan, lidah menolak makanan ke belakang mulut dan seterusnya ke esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki rongga nasal. |
![]() |
Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis. |
![]() |
Peristalsis - penguncupan dan pengenduran beritma yang berlaku di sepanjang salur alimentari. |
![]() |
Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster. |
![]() |
Jus gaster mengandungi |
a) asid hidroklorik |
|
||||
b) enzim renin |
|
||||
c) enzim pepsin |
|
![]() |
Penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis membantu mencampuradukkan makanan dengan enzim. |
![]() |
Makanan berada di dalam perut selama kira-kira 4 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenal sebagai kim. |
![]() |
Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas. |
![]() |
Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila diperlukan. |
![]() |
Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mempunyai enzim. |
![]() |
Fungsi hempedu : Mengemulsikan lemak (memecahkan lemak menjadi titisan halus yang terampai di dalam air). Pengemulsian lemak menambahkan jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim. |
![]() |
Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas. |
![]() |
Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim |
amilase
tripsin
lipase
![]() |
Amilase menghidrolisiskan kanji yang masih belum dihidrolisiskan oleh ptialin dalam rongga mulut kepada maltosa. |
![]() |
Tripsin menghidrolisikan pepton dan polipeptida kepada peptida. |
![]() |
Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak dan gliserol. |
![]() |
Kelenjar usus pada dinding usus kecil menghasilkan jus usus yang bersifat alkali. |
![]() |
Jus usus mengandungi enzim: |
erepsin (peptidase) yang menhidrolisiskan peptida menjadi asid amino
maltase yang menhidrolisiskan maltosa kepada glukosa
sukrase yang menghidrolisiskan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
laktase yang menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa dan galaktosa
![]() |
Gula ringkas, asid amino, gliserol, dan asid lemak adalah hasil akhir pencernaan. Semua hasil ini diserap di usus kecil. |
PENYERAPAN & ASIMILASI HASIL PENCERNAAN
![]() |
Usus kecil mencapai luas permukaan yang besar dengan cara berikut |
usus kecil adalah sangat panjang, kira-kira 6 meter
terdapat banyak lipatan di dalam usus kecil
seluruh permukaan dalam usus kecil mempunyai unjuran berbentuk jari yang dinamakan vilus
pada permukaan epitelium vilus, terdapat unjuran halus yang dinamakan mikrovilus
![]() |
Setiap vilus mengandungi satu jaringan kapilari darah. Di tengah-tengah vilus, terdapat satu lakteal yang berwarna putih. Lakteal bersambungan dengan salur limfa. |
![]() |
Proses penyerapan makanan berlaku secara resapan diikuti dengan pengangkutan aktif. |
![]() |
Gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C yang larut dalam air diserap ke dalam kapilari darah di dalam vilus. |
![]() |
Kapilari darah daripada semua vilus bersatu dengan vena portal hepar. Vena portal hepar membawa darah yang mengandungi makanan tercerna ke hati. |
![]() |
Asid lemak dan gliserol meresap ke dalam epitelium vilus. Di dalam sel epitelium vilus, gliserol berpadu dengan asid lemak membentuk titisan lemak. Titisan lemak ini kemudian diserap ke dalam lakteal. |
![]() |
Vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak juga diserap ke dalam lakteal. |
![]() |
Dari lakteal, titisan lemak diangkut oleh salur limfa yang akhirnya membuka ke dalam vena subklavika kiri di bahagian antara leher dan bahu. |
![]() |
Makanan tercerna yang telah diserap akan diasimilasikan. |
![]() |
Asimilasi - Proses penggabungan makanan tercerna ke dalam sel dan tisu badan. |
![]() |
Sebahagian besar makanan tercerna diangkut oleh vena portal hepar ke hati. Proses asimilasi bermula di sini. |
![]() |
Glukosa berlebihan yang terhasil akan ditukarkan oleh sel hati menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati. |
![]() |
Hati juga membina pelbagai jenis protein seperti enzim, protombin, dan fibrinogen daripada asid amino yang diterimanya. |
![]() |
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan kerana beracun. Hati menguraikannya menjadi urea. Urea diangkut oleh darah ke ginjal untuk dikumuhkan melalui air kencing. |
![]() |
Lemak yang berlebihan akan dibina menjadi tisu lemak dan disimpan di bawah kulit serta di sekeliling usus. |
![]() |
Sisa makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar. |
![]() |
Penyerapan air berlaku di usus besar. Kesannya, sisa makanan mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu. |
![]() |
Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan. |
![]() |
Pergerakan tinja di dalam usus besar menuju ke dubur berlaku secara peristalsis. |