Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

SISTEM PENCERNAAN

HAIWAN HERBIVOR RUMINAN

(LEMBU)

 

bullet

Perut lembu adalah sangat besar dan mempunyai keupayaan muatan kira-kira 180 liter.

bullet

Bahagian-bahagian sistem pencernaan lembu:

 

bullet

Kaedah pencernaan:

 

a)

Rumput yang diragut ditelan masuk ke dalam rumen yang membentuk ruang penapaian.

b)

Di dalam rumen, terdapat bakteria dan protozoa yang merembeskan enzim selulase ke atas makanan dan menukarkan selulosa kepada glukosa.

c)

Rumput separa tercerna itu masuk ke retikulum dan pencernaan selulosa diteruskan.

d)

Kemudian, makanan dimuntahkan daripada retikulum ke rongga mulut manakala bendalir ditelan semula.

e)

Makanan yang telah menjadi halus ditelan semula dan masuk ke dalam omasum. Pencernaan diteruskan oleh bakteria dan protozoa.

f)

Sebahagian air diserap dalam omasum dan makanan akhirnya masuk ke abomasum.

g)

Di abomasum, asid hidroklorik dan protease dirembeskan manakala bakteria dan protozoa dibunuh.

h)

Protein daripada mikroorganisma dan sel-sel rumput dicerna dan diserap daripada abomasum dan usus kecil ke dalam sistem peredaran darah.