SISTEM PENCERNAAN

HAIWAN HERBIVOR RODENSIA

@ BUKAN RUMINAN

(ARNAB)

 

bullet

Dalam herbivor bukan ruminan seperti arnab, pencernaan selulosa dilakukan oleh bakteria dalam sekum dan apendiks.

bullet

Haiwan ini memakan najisnya sendiri untuk memastikan makanannya didedahkan sebanyak dua kali kepada semua proses penyerapan dan perncernaan.

bullet

Bagi manusia dan haiwan karnivor, sayur-sayuran bukan merupakan makanan utama. Oleh itu sekum yang besar tidak diperlukan. Sekum manusia contohnya, adalah ringkas sahaja. Tetapi, arnab mempunyai sekum yang besar bagi pencernaan selulosa.

bullet

Bahagian-bahagian sistem pencernaan arnab:

 

bullet

Kaedah pencernaan:

 

a)

Makanan dari ileum dilencongkan masuk ke dalam sekum dan terus berada di situ selama beberapa waktu supaya selulase yang dirembeskan oleh bakteria dan protozoa simbiosis boleh menukarkan selulosa kepada gula ringkas.

b)

Gula ringkas akan diserap melalui dinding sekum.

c)

Sebahagian daripada makanan berserta dengan bahan tak tercerna, bergerak masuk ke dalam kolon.

d)

Dalam kolon, air dan hasil pencernaan selulosa diserap dan bahan yang agak kering kemudiannya memasuki rektum dan akhirnya keluar melalui dubur dalam bentuk ketulan najis.